More

    Infinix ZERO Flip dilancar di Malaysia: Telefon dengan skrin lipat 6.9 inci berharga RM2,999

    Infinix Malaysia hari ini mempekenalkan telefon pintar lipatnya yang pertama iaitu Infinix ZERO Flip. Dengan skrin utama 6.9 inci yang mempunyai panel lipat LTPO AMOLED, ia merupakan antara telefon lipat yang termurah dalam Malaysia setakat ini, dengan harga pasaran RM2,999.

    Ciri utama telefon ini adalah skrin LTPO AMOLED berukuran 6.9 inci yang boleh dilipat, dengan resolusi Full HD+, dan kecerahan puncak 1,400 nits. Ia mempunyai skrin luaran berukuran 3.64 inci yang turut mempunyai panel AMOLED, resolusi lebih rendah dan kecerahan puncak sekadar 1,100 nits sahaja. Kedua-dua skrin mempunyai kadar segar semula 120Hz.

    Antara fungsi menarik pada telefon ini termasuklah rakaman video 4K ProStable pada kamera hadapan dan kamera belakang yang membenarkan pengguna untuk merakam video dengan butiran yang jelas dan stabil. Ia juga menawarkan suntingan AI Vlog Mode yang akan memudahkan pengguna untuk menyunting vlog yang menarik berdasarkan klip video yang sudah dirakam.

    Apabila ia dilipat separuh, ia boleh digunakan seperti kamkorder mini DV yang memudahkan genggaman sewaktu merakam video. Lipatan skrin separuh juga membenarkan pengguna untuk meletakkan telefon atas permukaan yang rata dan rakam diri sendiri tanpa memerlukan tripod.

    Sewaktu merakam diri sendiri, anda boleh gunakan skrin luaran untuk membingkaikan (framing) muka anda dalam video dan rakam menggunakan kamera utama yang lebih cantik berbanding kamera swafoto. Ia menggunakan sistem autofokus Phase Detection AutoFocus (PDAF) bagi memastikan anda kekal fokus dalam video.

    Jika anda memiliki kamera GoPro, anda boleh pautkan telefon ini kepada kamera tersebut dengan GoPro Mode, kemudian anda boleh laraskan tetapan kamera melalui skrin telefon ini.

    Daripada segi ketahanan, Infinix mengatakan engselnya boleh bertahan sehingga 400,000 ribu lipatan, manakala skrinnya pula dibina dengan kaca Corning yang tahan calar.

    Spesifikasi dalaman yang menarik termasuklah cipset MediaTek Dimensity 8020, bateri 4,720mAh, pengecasan pantas 70W, RAM tambahan sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Sistem operasinya menggunakan Android 14 dan akan menerima kemas kini sehingga Android 16.

    "
    "

    Seperti kebanyakan telefon yang dilancar pada tahun ini, ia menawarkan beberapa fungsi kecerdasan buatan (AI) seperti AI Eraser yang boleh memadamkan objek dalam gambar, AI Wallpaper Generator untuk jana gambar daripada perkataan, pembantu suara Folax dan Ask AI serta banyak lagi.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix ZERO Flip:

    • Skrin lipat utama LTPO AMOLED 6.9 inci, resolusi 1080×2640, kecerahan puncak 1,400 nits
    • Skrin luaran AMOLED 3.64 inci, resolusi 1056×1066, kecerahan puncak 1,100 nits, dibina dengan Corning Gorilla Glass Victus 2
    • MediaTek Dimensity 8020
    • RAM 8GB, boleh dibesarkan secara maya sehingga 16GB
    • Storan dalaman UFS 3.1 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera swafoto 50MP
    • Bateri 4,720mAh
    • Pengecasan pantas 70W, pengecasan berbalik 10W
    • USB Type-C
    • Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, NFC
    • Pembesar suara JBL
    • Sistem operasi Android 14 dengan XOS 14.5
    • Pilihan warna Rock Black dan Blossom Glow
    • Ukuran: 170.75 x 73.4 x 7.64mm (dibuka), 87.97 x 73.4 x 16.04mm (dilipat)
    • Harga: RM2,999

    Infinix ZERO Flip boleh dibeli di Lazada, Shopee, TikTok Shop serta pengedar-pengedar sah Infinix Malaysia. Pembeli awal akan menerima pengering rambut Mini Travel High-Speed Hair Dryer (bernilai RM499) secara percuma, sementara stok masih ada. Anda juga akan menerima satu penggantian skrin secara percuma dalam tempoh 365 hari selepas pembelian, waranti selama 24 bulan, perkhidmatan cucian sepanjang hayat dan penghantaran percuma.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured