More

    Harga Infinix HOT 50i di Malaysia turun secara tetap, kini bermula RM369 sahaja

    Infinix Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga secara tetap untuk telefon pintar mampu milik Infinix HOT 50i, walaupun ia baru sahaja dilancar pada akhir bulan lalu.

    Harga untuk kedua-dua varian memori Infinix HOT 50i akan diturunkan sehingga RM30, dan kini harganya yang baharu adalah seperti berikut:

    • 4GB+128GB: RM369 (harga asal RM399)
    • 4GB+256GB: RM449 (harga asal RM469)

    Ia boleh dibeli daripada Lazada, Shopee, TikTok Shop dan pengedar-pengedar sah Infinix Malaysia.

    Secara ringkas, telefon ini menampilkan spesifikasi yang lengkap untuk kegunaan harian asas, dengan skrin HD+ 6.7 inci 120Hz, storan sehingga 256GB, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 18W dan kamera 48MP+8MP. Anda boleh baca artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Infinix HOT 50i dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured