More

    ByteDance rancang gunakan cip HUAWEI bagi melatih model AI baharu

    ByteDance sedang mengusahakan model AI serba baharu dan HUAWEI boleh memainkan peranan penting dalam infrastruktur perkakasan. ByteDance yang merupakan syarikat induk TikTok boleh menggunakan sumber yang ada untuk melatih dan membangunkan model AI yang akan datang.

    Menurut laporan, sekatan eksport AS telah menjadi halangan untuk ByteDance memperoleh cip NVIDIA. Projek AI ByteDance pada mulanya menggunakan cip AI H20 NVIDIA yang direka untuk pasaran China bagi mengelakkan sekatan kerajaan AS. Untuk pengetahuan, AS sedang memilih cip AI yang boleh dibeli oleh entiti China untuk mengawal pertumbuhan teknologi China.

    Bagi memintas sekatan ini, ByteDance beralih kepada HUAWEI untuk membantu melatih dan membangunkan AI. Model AI baharu itu akan menggunakan cip daripada HUAWEI dan bukannya NVIDIA. ByteDance dilaporkan telah menempah 100,000 cip Ascend 910B daripada HUAWEI dan telah menerima sekitar 30,000 unit setakat ini.

    Tambahan, cip Ascend 910B daripada HUAWEI adalah lebih baik daripada cip A100 daripada NVIDIA. Ia mempunyai prestasi GPU dan kecekapan tenaga yang lebih baik. Walau bagaimanapun, kekurangan cip nampaknya telah melambatkan projek pembangunan model AI.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured