More

    BYD bakal lancarkan model EV mirip MPV baharu di Malaysia tidak lama lagi

    Selepas melancarkan tiga model kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, BYD telah mengacah model baharu yang bakal tiba. Melalui pengacah di Facebook, model BYD yang akan datang dikatakan dibina untuk keluarga yang didorong oleh keselesaan dan keselamatan. BYD Malaysia akan memperkenalkan MPV dan nampaknya ia adalah BYD M6.

    MPV elektrik sepenuhnya ini telah dilancarkan di Indonesia dan ia juga akan tiba di Singapura tidak lama lagi. Berdasarkan maklumat spesifikasi global, BYD M6 mempunyai motor tunggal yang menggerakkan roda hadapan dengan kuasa sehingga 150kW (201hp) dan tork 310Nm yang serupa dengan BYD Atto 3 dan BYD Dolphin ER.

    MPV ini boleh memecut dari 0-100km/j dalam 8.6 saat dan ia dilengkapi bateri 71.8kWj dengan jarak 530km berkadar NEDC untuk sekali cas. Ia boleh menyokong pengecasan DC sehingga 115kW untuk versi spesifikasi lebih tinggi dan 89kW untuk model spesifikasi rendah. Untuk pengecasan AC, ia mengekalkan pengecas onboard 7kW fasa tunggal seperti model lain di pasaran.

    Terdapat juga varian Standard dengan spesifikasi motor 120kW (160hp) dan bateri 55.4kWj dengan julat berkadar NEDC iaitu 420km. Daripada segi ukuran, panjang BYD M6 adalah 4710mm, 1810mm lebar, 1690mm tinggi dan mempunyai jarak roda 2800mm. M6 ditawarkan sama ada dalam versi 6 tempat duduk (2+2+2) atau 7 tempat duduk (2+3+2).

    Ia menampilkan skrin berputar 12.8 inci pada papan pemuka dengan kamera 360 darjah dan sokongan untuk Apple CarPlay. Aspek keselamatan juga telah dinaik taraf dengan 6 beg udara bersama-sama dengan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS).

    Spesifikasi lain termasuk pengecas telefon wayarles dan sokongan untuk Vehicle-to-Load (V2L) yang menukarkan MPV elektrik sepenuhnya kepada powerbank untuk membekalkan kuasa kepada perkakas rumah domestik anda. Setakat ini belum ada butiran harga tetapi kami menganggarkan BYD M6 boleh dijual di bawah RM150,000 apabila ia dilancarkan di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: FB BYD Malaysia

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured