More

    Android akan perkenalkan fungsi khas untuk lindungi data jika telefon anda dicuri

    Google dilapor sedang membangunkan fungsi-fungsi baharu untuk telefon pintar Android yang mengkhususkan pada perlindungan data peribadi jika telefon anda dicuri. Ini termasuklah Theft Detection Lock, Offline Device Lock dan Remote Lock.

    Theft Detection Lock menggunakan AI dan sensor dalaman telefon yang akan mengesan gerakan mengejut yang selalunya dikaitkan dengan aktiviti kecurian. Sebagai contoh, jika seseorang mengambil telefon daripada tangan anda secara tiba-tiba dan terus berlari, fungsi ini akan mengesan gerakan tersebut dan terus mengunci telefon secara automatik. Fungsi ini juga boleh diaktifkan jika pencuri itu menunggang basikal atau memandu kereta.

    Offline Device Lock pula akan mengunci telefon jika pencuri itu mematikan telefon dan memutuskan hubungannya buat masa yang lama.

    Sementara itu, Remote Lock membenarkan anda mengunci telefon dari jauh dengan menggunakan nombor telefon sahaja, jika fungsi Find My Device dalam telefon itu dimatikan atau anda tidak boleh mengakses akaun Google.

    Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkan fungsi di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured