ASUS telah melancarkan Vivobook 16X (K3605) di Malaysia, sebuah komputer riba yang direka untuk pelajar dan profesional. Dengan spesifikasi yang mengagumkan dan reka bentuk yang bergaya, Vivobook 16X menjanjikan pengalaman pengkomputeran yang luar biasa.
Antara ciri utama komputer riba ialah paparan menakjubkan dengan skrin FHD 16 inci, bezel nipis, warna yang cerah dan butiran tajam serta ideal untuk multitasking. Selain itu, ia dilengkapi pemproses Intel Core i5-12500H, RAM DDR4 sehingga 16GB digandingkan bersama NVIDIA GeForce 4050 dan storan 512GB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD.



Untuk sambungan, ia mempunyai pelbagai port termasuk 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, Thunderbolt 4, HDMI 2.1 TMDS, bicu audio, DC-in dan pembaca kad mikroSD. ASUS komited kepada kelestarian dan Vivobook 16X dihasilkan menggunakan bahan mesra alam untuk mengurangkan jejak karbon.
Laptop ini kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM3,999 yang sesuai untuk pelajar dan profesional. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi ASUS Malaysia atau peruncit sah ASUS terdekat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Vivobook 16X (K3605) dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






