More

    POCO akan tutup laman web rasminya pada 31 Disember 2024

    Jenama teknologi popular POCO mengumumkan bahawa mereka akan menutup laman web rasminya www.po.co pada 31 Disember 2024. Bermula tarikh tersebut, pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peranti-peranti POCO akan dihala ke laman web jenama penaungnya, Xiaomi, di www.mi.com.

    Selain itu, platofrm aplikasi POCO Store App juga akan ditutup pada tarikh yang sama. POCO memberi jaminan bahawa semua peranti yang dibeli daripada laman web POCO atau POCO Store App akan terus menerima perkhidmatan pascajualan daripada Xiaomi.

    Di samping itu, rekod seperti sejarah pembelian, mata POCO Points, maklumat penghantaran dan ulasan pengguna daripada laman web POCO juga akan dipindah kepada platform Xiaomi.

    Pengumuman dalam laman web POCO mengenai penutupannya pada akhir tahun ini

    Walaupun POCO pernah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi berada di bawah naungan Xiaomi, nampaknya jenama peranti itu kembali kepada Xiaomi dengan menggunakan laman web mi.com sebagai laman web rasmi untuk produk-produknya.

    Setakat ini masih tidak pasti jika langkah ini akan memberi kesan terhadap pelancaran peranti-peranti POCO pada tahun hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: POCO

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...