More

    Kemas kini iOS 13.5 dan iPadOS 13.5 membolehkan anda guna Face ID walaupun sambil pakai topeng

    Pada hari ini, pengguna peranti Apple akan menerima kemas kini iOS 13.5 dan iPadOS 13.5. Antara fungsi utama dalam kemas kini adalah kebolehan Face ID untuk mengecam muka pengguna walaupun jika mereka memakai pelitup muka.

    Selain itu, terdapat juga ciri Exposure Notification API yang berfungsi sebagai aplikasi pengesanan perhubungan (contact tracing) COVID-19 untuk digunakan oleh pihak berkuasa kesihatan.

    Jika anda mengaktifkan ciri ini melalui aplikasi daripada pihak berkuasa, iPhone anda akan bertindak sebagai pengesan melalui Bluetooth dan akan memberitahu pengguna jika terdapat orang yang disahkan dengan COVID-19 di sekeliling mereka. Masih tidak diketahui jika pihak berkuasa Malaysia sudah memperoleh akses ini.

    Selain itu, terdapat juga pembaharuan dalam panggilan Group FaceTime, di mana saiz susunan video (video tiles) tidak akan berubah secara automatik apabila ada peserta yang bercakap.

    Beritahu kami di Facebook jika anda sudah memuat turun kemas kini iOS ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured