More

    REDMAGIC Titan 16 Pro dilancar di Malaysia: Komputer Intel i9, RTX 4060 berharga RM7,999

    Selain melancarkan tablet, jenama perkakasan gaming REDMAGIC hari ini turut memperkenalkan komputer riba REDMAGIC Titan 16 Pro untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan sebuah komputer yang memfokuskan pada prestasi gaming, dengan pemproses Intel Core i9 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 GDDR6 8GB yang menggunakan 140W dan menawarkan pancaran DLSS 3.5.

    Skrinnya berukuran 16 inci dengan panel WQXGA 2.5K, kadar segar semula 240Hz, kecerahan 500 nits dan pemalapan DC Dimming untuk melindungi mata pengguna. Skrin ini mempunyai gamut warna DCI-P3 100% untuk penghasilan warna yang tepat, masa tindak balas 3ms, sokongan G-Sync dan Ultra HD Live Algorithm untuk kualiti grafik yang jelas dan tidak koyak (tear-free).

    Ia akan ditawarkan dalam satu sahaja varian memori iaitu RAM 16GB dan storan dalaman 1TB.

    Untuk penyejukan, ia mempunyai sistem penyejukan besi cecair (liquid metal) yang terdiri daripada tiga kipas 4,500rpm dan tujuh paip haba yang mengelilingi CPU dan GPU. Bilah kipasnya dibuat daripada liquid crystal polymer untuk ketahanan yang lama sambil menghasilkan bunyi yang senyap.

    Baterinya mempunyai kapasiti 80Wh dan menyokong kadar pengecasan pantas 100W. Komputer ini juga dilengkapi perisian REDMAGIC Game Space dan aplikasi Goper App untuk melaras prestasi komputer dengan lebih teliti serta mengubah corak pencahayaan RGB di belakang skrin.

    REDMAGIC Titan 16 Pro akan dijual di Malaysia pada harga pasaran RM8,999. Perlu diingati bahawa REDMAGIC Malaysia akan menganjurkan promosi khas pada 24 Oktober (8:00 malam) hingga 13 November 2024, di mana ia akan dijual pada harga diskaun RM7,999 sahaja.

    Komputer ini boleh dibeli daripada Shopee, Lazada dan laman web rasmi REDMAGIC. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured