Nothing telah mengumumkan bahawa Projek Phone (2a) Community Edition kini telah siap dan sedia untuk dilancarkan. Perkembangan menarik ini menandakan langkah penting bagi jenama tersebut dalam usaha mereka untuk meneroka sempadan baharu dalam industri teknologi.
Sebelum ini, Nothing telah melancarkan Phone (2a) Plus yang menawarkan beberapa penambahbaikan berbanding Phone (2a) asal pada harga RM1,999. ia membawa skrin AMOLED 6.7 inci 120Hz Full HD+, sistem operasi Android 14 dengan Nothing OS 2.6, bateri 5,000mAh, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan pembesar suara stereo.
Bagi mereka yang ingin ketahui lebih lanjut tentang pelancaran yang akan datang serta ciri-cirinya, peminat boleh menyaksikan Kemaskini Komuniti Nothing yang seterusnya yang dijadualkan pada 30 Oktober jam 7:00 petang Waktu Malaysia. Individu yang berminat digalakkan untuk mendaftar bagi mendapatkan notifikasi melalui laman web syarikat Nothing untuk memastikan mereka tidak terlepas sebarang pengumuman penting mengenai pelancaran yang dinantikan ini.
Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







