More

    BYD M6 dilancar di Malaysia: MPV EV 7 kerusi, jarak 530km, kuasa 150kW bermula RM109,800

    Sime Darby Motors telah melancarkan sebuh kenderaan elektrik pelbagai guna (MPV EV) BYD baharu iaitu BYD M6. Ia merupakan sebuah kenderaan dengan tujuh tempat duduk yang pasti sesuai digunakan oleh keluarga besar.

    BYD M6 akan ditawarkan dalam dua varian utama iaitu Standard dan Extended, di mana ia dibezakan mengikut kuasa maksimum yang boleh dihasilkan daripada motor, jarak pemanduan, kapasiti bateri dan beberapa perbezaan kecil pada sensor dan bahagian dalaman.

    Versi Standard mempunyai motor AC Permanent Magnet Synchronous Motor pacuan roda hadapan dengan kuasa maksimum 120kW, pecutan 0-100km/j dalam masa 10.1 saat, jarak pemanduan 420km, kapasiti bateri 55.4kWh dan kuasa pengecasan DC 89kW.

    Sementara itu, versi Extended pula mempunyai motor yang sama dengan kuasa maksimum 150kW, pecutan 0-100km/j dalam masa 8.6 saat, jarak pemanduan 530km, kapasiti bateri 71.8kWh dan kuasa pengecasan DC 115kW. Dengan pengecasan 115kW, pengecasan selama 40 minit sudah cukup untuk meningkatkan peratus bateri daripada 10 hingga 80 peratus.

    Kedua-dua varian mempunyai tork maksimum 310nNm, kelajuan maksimum 180km/j dan kuasa pengecasan AC 7kW. Rodanya pula berukuran 17 inci dan menggunakan saiz 225/55 R17.

    Ciri-ciri lain termasuklah sistem hiburan yang berpusat pada skrin sentuh 12.8 inci yang menggunakan sistem Di-Link BYD serta boleh digunakan bersama Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, penumpang di kerusi belakang turut mempunyai beberapa port pengecasan berwayar dan wayarles. Anda juga boleh membeli aksesori mikrofon khas untuk membuat nyanyian karaoke bersama sistem hiburannya.

    Kerusi belakangnya boleh dilipat bagi membesarkan ruang but belakang kepada 580 liter.

    Satu lagi ciri menarik adalah Vehicle-to-Load (V2L) yang membenarkan kenderaan ini untuk menjadi sebuah penjana kuasa yang boleh membekalkan tenaga kepada kelengkapan elektronik kecil sewaktu berkelah atau berniaga. Setiap soket dilengkapi perlindungan khas bagi mengelakkan beban elektrik berlebihan.

    "
    "

    Ia turut mempunyai NFC Digital Key yang membenarkan anda mengunci dan menghidupkan kenderaan melalui telefon pintar atau peranti mudah alih yang lain.

    Warnanya terdiri daripada empat pilihan iaitu putih Crystal White, biru Ink Stone Blue, hitam Cosmos Black dan kelabu Harbour Grey.

    BYD M6 akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM109,800 untuk varian Standard dan RM123,800 untuk varian Extended. Ia didatangkan dengan jaminan kenderaan selama enam tahun atau 150,000km, jaminan bateri selama lapan tahun atau 160,000km dan jaminan unit motor elektrik selama lapan tahun atau 150,000km.

    Jika anda berminat untuk melihat dan mencuba sendiri MPV EV ini, anda boleh datan ke Dataran Karnival Shah Alam. 300 pelanggan pertama yang menempah BYD M6 Extended akan menerima pengecas rumah secara percuma, manakala 100 pelanggan pertama yang membuat tempahan di Dataran Karnival Shah Alam akan menerima kredit pengecasan RM800 daripada Gentari.

    Layari laman web Sime Darby Motors untuk maklumat lanjut mengenai BYD M6. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured