More

    Harman Kardon lancarkan barisan pembesar suara rumah Enchant dan Onyx 9 di Malaysia, bermula RM1,299

    Harman Kardon telah melancarkan siri terbaharunya, Harman Kardon Enchant, yang termasuk bar suara Enchant 1100, Enchant 900, Pembesar Suara Enchant, Subwufer Enchant dan Onyx Studio 9. Siri ini direka untuk memberikan pengalaman audio sinematik 3D di rumah dengan menggabungkan reka bentuk elegan dan kualiti bunyi yang tinggi.

    Bar suara Enchant 1100 hadir dengan 11 pemacu manakala Enchant 900 hadir dengan 9 pemacu yang menggunakan teknologi MultiBeamâ„¢ dan Dolby Atmos untuk menyampaikan audio yang lunak. Enchant 1100 juga menyokong DTS untuk pengalaman audio yang lebih mendalam.

    Kedua-duanya dilengkapi dengan teknologi PureVoiceâ„¢ untuk memastikan dialog yang jelas walau pada kelantangan tinggi. Pembesar Suara dan Subwufer Enchant boleh disambungkan secara wayarles ke bar suara untuk meningkatkan kesan bunyi keliling. Kedua-duanya juga menawarkan penentukuran bunyi automatik untuk prestasi optima.

    Menariknya, siri Enchant dibuat menggunakan bahan kitar semula termasuk 100% benang poliester dan 100% aluminium kitar semula dalam rekaan bar suara. Seterusnya, aplikasi Harman Kardon One membolehkan pengguna menyambung dan mengawal sistem melalui Wi-Fi serta menyokong pelbagai fungsi seperti AirPlay, Chromecast Built-inâ„¢ dan Spotify Connect.

    Akhir sekali, Harman Kardon turut memperkenalkan Onyx Studio 9 iaitu pembesar suara Bluetooth mudah alih dengan reka bentuk yang moden dan bunyi berkuasa. Dilengkapi dengan tiga tweeter dan satu woofer, pembesar suara menyampaikan liputan audio yang luas yang mewujudkan sweet spot yang besar untuk pendengar.

    Ia menampilkan bateri yang menyediakan sehingga 8 jam main balik dan menyokong Bluetooth Auracast (sambungan berbilang peranti). Harman Kardon Enchant 1100 dan Enchant Speaker tersedia dalam pasaran tempatan sejak September 2024 dengan masing-masing berharga RM4,899 dan RM1,599.

    Onyx Studio 9 pula akan tersedia pada November 2024 pada harga RM1,299 manakala Enchant 900 dan Enchant Sub akan tiba pada Disember 2024 dengan masing-masing berharga RM3,499 dan RM2,499. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Harman Kardon Enchant dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured