More

    HONOR X9c 5G akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

    Selepas HONOR Malaysia memperkenalkan HONOR X9b 5G pada November tahun lalu sebagai telefon yang sangat tahan lasak, kini mereka mengumumkan bahawa model baharu untuk tahun ini, HONOR X9c 5G, akan dilancar dalam masa terdekat.

    Seperti HONOR X9b 5G sebelum ini, HONOR X9c 5G akan mempunyai ciri-ciri tahan lasak bagi memastikan telefon ini kekal utuh walaupun dalam situasi ekstrem. Buat masa ini, spesifikasi dan reka bentuknya masih belum ditunjukkan, namun HONOR sudah berkongsi poster acahan yang menunjukkan rekaan telefon itu secara ringkas.

    Ia mempunyai rekaan yang serupa dengan siri HONOR X60 Pro yang dilancar di China pada minggu lepas, jadi kami meramalkan bahawa HONOR X9c 5G adalah HONOR X60 yang dijenamakan semula untuk pasaran Malaysia.

    HONOR X60 Pro

    Jika ia merupakan HONOR X60 Pro yang dijenamakan semula, HONOR X9c 5G bakal dilengkapi skrin OLED 120Hz 6.78 inci dengan resolusi 1224×2700 dan kecerahan puncak 3,000 nits, cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1, kamera utama 108MP, bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 66W.

    Sebagai rujukan, HONOR X9b 5G sebelum ini dilengkapi skrin OLED 120Hz 6.78 inci dengan resolusi 1220×2652 dan kecerahan puncak 1,200 nits, cipset Snapdragon 6 Gen 1, kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 2MP + sensor kedalaman 2MP, bateri 5,800mAh dan pengecasan pantas 35W.

    Ini menunjukkan bahawa HONOR X9c 5G tidak mempunyai banyak perubahan berbanding HONOR X9b 5G. Sudah tentu, ini semua hanyalah andaian kami dan setakat ini sebarang maklumat mengenai spesifikasi HONOR X9c 5G masih belum disahkan oleh HONOR Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured