More

    Siri ROG Phone 9 dilengkapi cipset Snapdragon 8 Elite turut dilancar bulan depan

    ASUS baru saja mengumumkan pelancaran siri ROG Phone 9 yang dijadualkan pada bulan November ini. ROG Phone 9 direka khas untuk penggemar permainan, menawarkan prestasi luar biasa dan pelbagai ciri inovatif yang membezakan ia daripada telefon pintar lain.

    Telefon ini dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 8 Elite terbaharu yang menampilkan CPU Qualcomm Oryon generasi kedua dan GPU Adreno yang dipertingkatkan. Ini menjadikan siri ROG Phone 9 sebagai salah satu telefon permainan yang paling berkuasa dalam kelajuan, kuasa dan grafik.

    Kami juga menjangkakan banyak ciri yang hadir seperti AirTriggers, bateri 6000mAh dan banyak lagi. Salah satu sorotan utama ROG Phone 9 adalah sistem penyejukan yang lebih efisien dan mampu mengendalikan suhu yang lebih rendah semasa sesi permainan yang intensif serta memastikan prestasi tetap konsisten.

    Dengan pelancaran ROG Phone 9, ASUS berhasrat untuk meneruskan legasi mereka dalam pasaran telefon pintar gaming dan menawarkan pengalaman yang menyeluruh untuk peminat terutama di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri ROG Phone 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ASUS

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured