More

    TCL 50 PRO NXTPAPER 5G rasmi di Malaysia dengan Dimensity 6300+, skrin Nxtpaper 6.8″ 120Hz berharga RM1,199

    TCL telah memperkenalkan dua model telefon pintar baharu iaitu TCL 50 PRO NXTPAPER 5G dan TCL 50 NXTPAPER 5G yang menggabungkan teknologi paparan anti-silau dengan harga kompetitif. Kedua-dua model ini menggunakan teknologi NXTPAPER 3.0 bersaiz 6.8 inci dengan kadar penyegaran 120Hz yang dapat mengurangkan cahaya biru yang berbahaya dan silau.

    TCL 50 PRO NXTPAPER 5G dilengkapi kamera depan 32MP dan kamera belakang 108MP. Ia juga menyediakan storan dalaman 512GB. Dengan mod Max Ink, pengguna dapat menikmati sesi bacaan yang selesa tanpa gangguan dengan jangka hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 7 hari.

    Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan alat bantuan seperti Text Assistant dan Writing Assistant untuk meningkatkan produktiviti pengguna. Selain itu, TCL memastikan keselamatan data pengguna dengan langkah-langkah yang ketat.

    Spesifikasi lengkap TCL 50 NXTPAPER 5G:

    • Cipset Mediatek Dimensity 6300
    • Panel NXTPAPER FHD+ 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 512GB (menyokong ruang kad microSD)
    • Kamera utama 108MP + ultra-lebar 8MP + makro 2MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri berkapasiti 5,150mAh menyokong pengecasan pantas 33W
    • Spesifikasi lain-lain termasuk eSIM, bluetooth 5.3, NFC, pengimbas cap jari sisi dan bicu audio 3.5mm
    • Pilihan warna Moon Gray dan Alps White
    • Harga: RM1,199

    TCL 50 Pro NXTPAPER 5G dijual pada harga RM1,199 dan boleh dibeli kedai rasmi TCL Mobile Malaysia di Lazada dan Shopee. Namun, ia hanya akan tiba pada 12 Disember 2024. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan TCL 50 PRO NXTPAPER 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured