More

    Lelaki Pulau Pinang maut selepas terkena renjatan elektrik sewaktu cas telefon dalam bas

    Seorang lelaki berusia 18 tahun di Butterworth, Pulau Pinang maut selepas terkena renjatan elektrik sewaktu mengecas telefon bimbit melalui sebuah palam pengecas dalam bas ekspres yang dinaikinya.

    Pihak polis daerah Seberang Perai Utara berkata mereka menemui mangsa dalam lokasi kejadian sekitar jam 6:10 petang. Terlebih dahulu, mereka menerima laporan mengenai seorang penumpang dalam bas yang tidak sedarkan diri, kemudian terus ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

    Selepas pemeriksaan, mereka menemui kesan lecur di jari sebelah kiri yang disyaki disebabkan oleh renjatan elektrik. Mereka juga menemui seutas kabel dengan penghujung yang cair, serta telefon bimbit yang berada dalam keadaan panas.

    Mangsa merupakan penumpang yang menaiki bas seorang diri serta sedang melakukan perjalanan dari Penang Sentral ke Kuala Lumpur Sentral.

    Seorang penumpang yang berada dalam bas yang sama melaporkan bahawa sekitar pukul 6:10 petang, mangsa tiba-tiba menjerit dan mulutnya mula berbuih. Beliau terus menghubungi ambulans selepas melihat situasi berkenaan.

    Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. Mereka mengesahkan bahawa punca kematian adalah renjatan elektrik dan tiada unsur jenayah yang terdapat pada badan mangsa.

    Setakat ini, masih tidak diketahui apakah jenama telefon yang terlibat atau model bas tersebut. Susulan daripada kejadian ini, Kementerian Pengangkutan telah menggantung operasi bas tersebut serta-merta dan menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat punca kemalangan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BERNAMA, BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured