U Mobile hari ini melancarkan pelan telekomunikasi pascabayar yang dikhaskan untuk keluarga iaitu U Mobile 128. Ini merupakan kali pertama U Mobile melancarkan pelan pascabayar yang ditujukan kepada keluarga dan ia menawarkan pelbagai manfaat seperti data 5G sebanyak 1,000GB yang boleh dikongsi sehingga empat talian.
Pada harga RM128 sebulan, pelanggan juga boleh menerima data perayauan antarabangsa (roaming) sebanyak 15GB yang boleh digunakan di 63 destinasi. U Mobile mengatakan ciri perayauan pascabayar untuk keluarga ini adalah yang pertama di Malaysia.

Untuk keluarga yang besar, pelanggan boleh mengaktifkan tiga talian tambahan pada bila-bila masa sahaja, tanpa caj tambahan.
Bagi meraikan pelancaran pelan keluarga ini, U Mobile akan turut menyertakan sebuah telefon pintar 5G percuma dengan setiap langgan U Family 128. Anda boleh pilih telefon tersebut yang akan ditawarkan dengan pelbagai jenama, dan ia boleh digunakan oleh mana-mana daripada empat talian yang dilanggan.

Antara model telefon percuma yang ditawarkan termasuklah OPPO Reno12 F 5G, vivo V40 Lite 5G, HONOR 200 Lite 5G dan banyak lagi. Jika anda tidak berminat dengan telefon yang diberi secara percuma itu, anda boleh beli telefon flagship terpilih pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, seperti Samsung Galaxy S24 Ultra 5G dan vivo X100 Pro 5G.
Layari laman web U Mobile jika anda berminat dengan pelan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






