More

    WhatsApp perkenalkan ciri carian imej di web untuk mengesan kesahihan gambar

    WhatsApp kini melancarkan kemas kini terbaru melalui Program Beta Google Play dengan versi 2.24.23.13. Kemas kini baharu membawa ciri fungsi untuk mencari imej yang dikongsi di web dan membolehkan pengguna mengesahkan kesahihan imej yang diterima terus melalui aplikasi.

    Ia memudahkan pengguna mengenal pasti sama ada imej tersebut telah dimanipulasi atau disalah tafsirkan. Dalam kemas kini ini, beberapa pengguna beta kini boleh melihat pilihan baru untuk mencari imej dalam perbualan mereka menggunakan reverse image search melalui Google. Pilihan “Search on web” ini boleh diakses melalui menu tiga titik ketika melihat imej.

    Fungsi ini memberi lapisan keselamatan tambahan dan memudahkan pengguna mendapatkan lebih banyak maklumat tentang imej yang diterima terutama bagi menangani penyebaran maklumat palsu. Walaupun ciri ini tersedia secara pilihan, ia memberi pengguna lebih kawalan dan ketelusan mengenai kandungan yang dikongsi dalam perbualan.

    Ciri ini sangat berguna kerana tidak memerlukan pengguna memuat turun atau memuat naik imej ke platform lain kerana ia terbina dalam aplikasi WhatsApp. Namun, imej yang dihantar untuk carian tidak akan dikendalikan oleh WhatsApp sendiri tetapi menggunakan khidmat Google.

    Fungsi ini kini tersedia untuk beberapa pengguna beta dan akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured