More

    Apple mungkin gunakan paparan boleh lipat Samsung untuk Vision Pro akan datang

    Apple sedang merancang versi lebih murah bagi set kepala Vision Pro dan telah menangguhkan pelancarannya hingga selepas 2027. Untuk model bajet ini, Apple mempertimbangkan dua jenis teknologi paparan. Vision Pro semasa menggunakan panel OLED on Silicon (OLEDoS) dengan kepadatan piksel 3,391 ppi tetapi ia terlalu mahal untuk model bajet.

    Sebagai alternatif, Apple memilih antara W-OLED+CF yang menggunakan papan OLED putih atau penapis warna (RGB) tetapi ada dua cara untuk membina penapis warna tersebut. Pilihan pertama adalah menggunakan dua lapisan kaca dengan satu lapisan untuk papan OLED dan satu lagi untuk penapis warna.

    Pilihan kedua, yang lebih digemari Apple, adalah membina penapis warna pada lapisan penutup filem tipis (TFE) pada kaca pertama yang menjadikannya lebih nipis dan efisien. Samsung yang membekalkan paparan untuk telefon lipatnya mungkin akan membekalkan paparan untuk set kepla Vision Pro murah ini.

    Walaupun Apple mensasarkan kepadatan piksel 1,500 ppi (kurang separuh daripada model premium), ini masih jauh lebih tinggi berbanding kepadatan piksel skrin lipat Samsung yang sekitar 426 ppi. Samsung perlu membangunkan panel dengan ketumpatan yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan Apple.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Elec

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured