More

    Anker lancarkan siri power bank baharu untuk pelbagai kegunaan, harga bermula RM149

    Anker, jenama pengecasan mudah alih terkenal telah melancarkan tiga power bank baharu di Anker Power On Conference Malaysia #3. Produk-produk ini direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup aktif masa kini dengan keupayaan pengecasan pantas dan mudah alih.

    Anker MagGo Powerbank (Qi 2) merupakan power bank nipis dan kompak dengan kapasiti 10,000mAh yang menyokong pengecasan tanpa wayar Qi2 untuk siri iPhone 12 hingga 15. Ia juga boleh melekat secara magnetik pada peranti untuk memastikan pengecasan berterusan.

    Anker MagGo Powerbank (Qi 2)
    Anker Zolo Wireless Powerbank

    Dengan pengecasan MagSafe 15W dan maksimum 30W, ia dilengkapi kawalan suhu yang optima bagi melindungi peranti. Anker MagGo Powerbank (Qi 2) berharga RM369 yang bakal tersedia di Lazada dan Shopee mulai 1 Disember.

    Anker Zolo Wireless Powerbank pula hadir dengan kapasiti 10,000mAh dan pengecasan tanpa wayar 15W. Ia juga dilengkapi kabel USB-C terbina dalam yang menyokong pengecasan 30W membolehkan pengguna mengecas tanpa kabel tambahan. Anker Zolo Wireless Powerbank berharga RM169 dan tersedia mulai 1 Disember.

    Anker Zolo Powerbank

    Anker Zolo Powerbank menampilkan dua pilihan kapasiti iaitu 10,000mAh dan 20,000mAh dengan pengecasan berwayar 30W dan kawalan suhu pintar. Ia turut mempunyai stand terbina menjadikan pengguna senang untuk strim atau penggunaan bebas tangan. Anker Zolo Powerbank berharga RM149 (10,000mAh) dan RM189 (20,000mAh) tersedia mulai 7 Disember.

    Ketiga-tiga power bank ini membawa kemudahan pengecasan pantas dan boleh dipercayai untuk pengguna yang sentiasa bergerak. Anda boleh melawati kedai dalam talian rasmi Anker di Shopee dan Lazada serta peruncit sah.

    Anker Prime edisi akan datang juga turut diacah pada Anker Power On Conference Malaysia #3

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk-produk Anker baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured