More

    Infinix ingin bawa anda ke London untuk tonton perlawanan akhir PUBG Mobile Global Championship

    Infinix Malaysia kini sedang menganjurkan peraduan khas sempena pertandingan e-sukan antarabangsa PUBG MOBILE Global Championship (PMGC). Pemenang peraduan ini bakal diterbangkan ke London, United Kingdom untuk menonton pusingan akhir PMGC secara langsung dan menyokong pemain kegemaran.

    Infinix merupakan salah satu penaja utama untuk PMGC dan Infinix GT 20 Pro telah dipilih sebagai telefon rasmi untuknya. Ia juga merupakan salah satu telefon terawal yang membenarkan PUBG Mobile dimainkan dalam kadar bingkai tinggi 120fps.

    Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Ikuti kumpulan Infinix Official Community Group (Malaysia) di Facebook
    2. Tulis komen dalam kiriman tentang peraduan ini, jelaskan mengapa anda adalah seorang peminat setia PUBG, kemudian tag dua orang rakan
    3. Kongsi kiriman tersebut dalam profil Facebook untuk melengkapkan penyertaan

    Pemenang utama peraduan ini akan menerima dua tiket ke London dan penginapan lengkap untuk menghadiri PMGC Grand Finals. Selain itu, tiga pemenang tambahan akan menerima VIP Experience Passes untuk menonton Last Chance Matches secara langsung di Malaysia.

    Peraduan ini akan ditutup pada 21 November 2024, kemudian pemenang akan diumumkan dalam kumpulan Facebook Infinix Official Community Group (Malaysia).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peraduan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured