More

    Rapid Bus akan beralih sepenuhnya kepada EV menjelang 2037

    Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) baru-baru ini mengumumkan unjurannya untuk menjimatkan sehingga 30 peratus dalam kos penyelenggaraan dan lebih daripada 50 peratus dalam kos tenaga dengan penggunaan penuh kenderaan elektrik (EV) menjelang 2037.

    Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata bahawa unjuran ini berdasarkan data operasi selama hampir 10 tahun daripada 15 bas elektrik yang digunakan dalam perkhidmatan Bus Rapid Transit (BRT) di Laluan Sunway.

    Menurut Bernama, Yazurin menyatakan bahawa walaupun harga bas EV lebih tinggi, penjimatan dalam kos penyelenggaraan dan tenaga menjadikan kos keseluruhan untuk jangka hayat bas lebih rendah. Beliau turut mendedahkan bahawa peralihan daripada bas diesel kepada EV akan dilaksanakan secara berperingkat.

    Muhammad Yazurin menambah bahawa syarikat itu berhasrat untuk memiliki 100 peratus bas elektrik menjelang 2037 selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon dan mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured