More

    ASUS lancar siri ExpertBook P5 dan P1 dengan Intel Core Ultra di Malaysia bermula RM3,799

    Setiap tahun, ASUS memperkenalkan varian baru dalam siri ExpertBook mereka. Hari ini, ASUS Malaysia melancarkan ExpertBook P5 (P5405) yang dilengkapi dengan Copilot+ dan dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra (Generasi ke-2) terkini.

    Terdapat juga siri ExpertBook P1 dengan ExpertBook P1403 dan ExpertBook P1503 yang fokus kepada profesional dan mementingkan bajet. Dengan berat hanya 1.27 kg dan menampilkan pemproses Intel Core Ultra (Generasi ke-2), ia menawarkan sehingga 47 NPU TOPS yang mana ia tiga kali ganda prestasi untuk AI berbanding generasi sebelumnya.

    Antara ciri eksklusifnya termasuk ASUS AI ExpertMeet yang memudahkan aliran kerja dan meningkatkan kerjasama. Selain itu, ia dilengkapi dengan skrin 2.5K 144Hz, keahlian percuma McAfee+ Premium selama 3 tahun, waranti antarabangsa 3 tahun dengan servis on site, waranti bateri 3 tahun serta Perfect Warranty satu tahun (perlindungan kerosakan tidak sengaja).

    Sementara itu, siri P1 terdiri daripada varian FHD 14 atau 15 inci. Ia juga dilengkapi dengan ASUS AI ExpertMeet dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7 Generasi ke-13, RAM DDR5 sehingga 16GB dan storan PCIe 4.0 512GB. Sensor cap jari terbina dan cip TPM 2.0 turut disertakan untuk perlindungan bersama-sama dengan keahlian percuma McAfee+ Premium selama 3 tahun.

    Kedua-dua siri P5 dan P1 mematuhi piawaian NIST BIOS. Daripada segi harga rasmi, ExpertBook P5 kini tersedia di Malaysia pada harga RM6,859 manakala harga permulaan siri ExpertBook P1 adalah RM3,799. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini dan sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba baharu daripada ASUS dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured