More

    BYD Sealion 7 SUV kini rasmi di Malaysia dengan dua varian, harga bermula RM183,800

    BYD Sealion 7, SUV elektrik terbaru daripada BYD telah dilancarkan di Malaysia oleh Sime Darby Beyond Auto, menjadikannya model EV kelima jenama ini di pasaran tempatan. Dilancarkan di TRX Exchange pada 14 November 2024, Sealion 7 hadir dalam dua varian iaitu Premium dan Performance.

    Sealion 7 merupakan pesaing langsung kepada Tesla Model Y dengan harga yang lebih murah. Ia mempunyai dimensi panjang 4,830 mm, lebar 1,925 mm dan tinggi 1,620 mm dengan jarak roda 2,930 mm. Reka bentuk SUV ini dipengaruhi oleh pereka asal Audi, Wolfgang Egger dengan ciri khas seperti lampu utama berbentuk C, intake udara besar dan lampu belakang LED sepenuhnya.

    Daripada segi prestasi, varian Premium dilengkapi motor belakang tunggal yang menghasilkan 308 kuasa kuda dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat manakala varian Performance dilengkapi dua motor yang menghasilkan 523 kuasa kuda yang boleh mencapai 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat.

    Kedua-dua varian menggunakan bateri lithium iron phosphate (LFP) 82.56 kWh memberikan jarak pemanduan sehingga 567 km untuk Premium dan 542 km untuk Performance mengikut kitaran NEDC. Ciri-ciri dalam kabin termasuk skrin sentuh 15.6 inci, paparan head-up augmented reality 50 inci serta sistem suara Dynaudio dengan 12 pembesar suara.

    Kereta ini juga dilengkapi sistem penulenan udara PM2.5, NFC key card, tempat duduk yang dipanaskan dan berventilasi. Sistem bantuan pemandu termasuk sembilan beg udara, kamera 360 darjah dan pelbagai bantuan keselamatan aktif seperti kawalan jelajah adaptif serta amaran keluar lorong.

    Sealion 7 boleh didapati dalam empat warna iaitu Cosmos Black, Aurora White, Atlantis Grey dan Shark Grey. Pembeli yang membuat tempahan sebelum 17 November 2024 akan menerima pengecas rumah percuma dan kredit pengecasan bernilai RM800. Harga BYD Sealion 7 bermula RM183,800 untuk varian Premium (RWD) dan RM199,800 untuk varian Performance (AWD).

    Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk memilikinya, anda boleh klik di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan BYD Sealion 7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured