More

    Xiaomi SU7 Ultra cipta rekod kelajuan 359.71 km/j, tampilkan sistem HAD baharu

    Pada Pameran Automotif Guangzhou 2024, Lei Jun, pengasas Xiaomi, mengumumkan bahawa Xiaomi SU7 Ultra mencatatkan kelajuan tertinggi 359.71 km/j dalam ujian kelajuan di CATARC Yan Cheng Automotive Proving Ground dan menambah bahawa kelajuan kereta ini terhad oleh trek ujian, bukan oleh kereta itu sendiri.

    Xiaomi SU7 Ultra akan mencabar beberapa trek utama di China tahun depan termasuk kembali ke Nürburgring di mana ia mencatatkan masa 6 minit 46.874 saat menjadikannya kereta empat pintu terpantas di trek tersebut. Ukuran bagi kereta ini ialah panjang 5070 mm, lebar 1970 mm dan berat 2360 kg serta boleh memuatkan lima penumpang.

    Walaupun baru berada di pasaran selama 230 hari, Xiaomi telah mengeluarkan 100,000 unit SU7. Sepuluh minit selepas pengumuman SU7 Ultra, Xiaomi menerima 3,680 tempahan. Lei Jun juga memperkenalkan sistem Hyper-Autonomous Driving (HAD) yang akan memulakan ujian dalaman pada 16 November dan akan dilancarkan pada Disember.

    HAD bertujuan meningkatkan keselamatan dan kecekapan pemanduan dengan mengurangkan pecutan dan brek mendadak serta menggunakan data pemanduan dunia nyata untuk meramalkan laluan dan membuat keputusan berdasarkan keadaan semasa. Sistem ini mampu mengendalikan persekitaran kompleks seperti jalan sempit, persimpangan sibuk dan halangan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Car News China

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured