More

    Samsung Galaxy A16 5G kini tersedia di Malaysia dengan harga RM899

    Samsung secara rasmi telah melancarkan Galaxy A16 5G yang merupakan telefon pintar peringkat permulaan terbarunya untuk pasaran Malaysia. Telefon ini mula diperkenalkan untuk pasaran terpilih pada bulan Oktober dan telah pun disenaraikan pada laman rasmi Samsung Malaysia awal bulan ini.

    Kini, kepada yang berminat, untuk membeli Galaxy A16 5G, anda boleh beli secara terus melalui kedai dalam talian Samsung Malaysia kerana ia masih belum disenaraikan pada halaman Shopeee dan Lazada. Telefon itu disahkan berharga RM899 dan tiba dengan hadiah percuma (selagi stok masih ada) termasuk pengecas pantas 25W dan kad SD 128GB serta jaminan lanjutan setahun.

    Galaxy A16 5G menampilkan reka bentuk Galaxy A semasa Samsung yang dilengkapi tiga kamera yang dijajarkan secara menegak di belakangnya. Terdapat butang kawalan kelantangan dan pengimbas cap jari disepadukan dengan butang kunci. Sebagai model peringkat permulaan, telefon ini menggunakan takuk titisan air untuk menempatkan kamera menghadap hadapannya.

    Ia tersedia dalam tiga warna iaitu hijau muda, biru hitam dan emas. Peranti ini mempunyai paparan Super AMOLED 6.7 inci dengan resolusi 1080 x 2340 piksel, kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan 800 nits. Ciri tambahan termasuk rintangan air dan habuk IP54, WiFi dwijalur, Bluetooth 5.3, NFC dan pembesar suara.

    Ia menjalankan Android 14 melalui One UI 6.1 dan dilengkapi dengan sokongan perisian untuk enam generasi kemas kini OS dan enam tahun tampung keselamatan. Galaxy A16 5G dilengkapi cipset Teras-Okta 2.4Ghz dan 2Ghz yang dipasangkan dengan RAM 8GB serta storan 256GB boleh dikembangkan melalui mikroSD. Ia mempunyai bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W.

    Spesifikasi lengkap Galaxy A16 5G:

    • Paparan Super AMOLED FHD+ 6.7 inci, resolusi: 1080 x 2408 piksel, kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan 800 nits
    • Teras-Okta 2.4Ghz dan 2Ghz
    • Kamera Belakang: 50MP (Utama) + 2MP (Makro) + 2MP (Kedalaman)
    • Kamera Hadapan: 13MP
    • RAM: 8GB
    • Storan Dalaman: 256GB (boleh ditambah melalui microSD sehingga 1.5TB)
    • Bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W
    • Sistem Operasi: One UI Core 6.0 berasaskan Android 14
    • Kesambungan: 5G, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.3, USB-C
    • Ciri Lain: Pengimbas cap jari pada sisi, sokongan dwi sim
    • Warna: Hijau muda, biru hitam dan emas
    • Harga: RM899

    Peranti ini menampilkan tiga kamera termasuk sensor utama 50MP, ultra-lebar 5MP dan makro 2MP manakala kamera swafoto mempunyai sensor 13MP. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured