More

    Siri ASUS ROG Phone 9 bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 10 Disember ini

    Minggu ini menyaksikan pelbagai pengumuman pelancaran telefon pintar baharu tetapi ASUS ROG tetap mencuri perhatian dengan pengumuman terbaharu mereka. Rabu lalu, ASUS Malaysia telah menyiarkan video pengacah berdurasi 15 saat untuk mengumumkan pelancaran siri ROG Phone 9 di Malaysia yang dijadualkan pada 10 Disember 2024.

    Pelancaran ini menarik perhatian kerana ia berlaku kurang dari setahun selepas keluaran model terdahulu. Namun, langkah ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan keluaran tahunan cipset Snapdragon baharu oleh Qualcomm. ASUS nampaknya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan teknologi terkini kepada pelanggan mereka.

    ROG Phone 9 hadir dengan RAM sehingga 16GB dan storan 512GB manakala model Pro hadir dengan RAM sehingga 24GB dan storan 1TB. Paparan kedua-dua model menggunakan skrin AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 185Hz. Kedua-dua model dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera ultralebar 13MP.

    Model Pro pula hadir dengan kelebihan tambahan iaitu kamera telefoto 32MP. Kamera swafoto untuk kedua-duanya juga menggunakan sensor 32MP. Siri ini menawarkan bateri berkapasiti 5,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Sistem penyejukan diperbaharui dengan kepingan grafit 57% lebih besar.

    Dengan hanya dua minggu lagi sebelum pelancaran rasmi di Malaysia, siri ROG Phone 9 dijangka menjadi tarikan utama khususnya dalam kalangan peminat permainan mudah alih. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri ROG Phone 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ASUS ROG Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured