More

    Redmi K80 Pro akan dilancar pada 27 November 2024, dilengkapi Snapdragon 8 Elite

    Selain mengumumkan logo baharu, Redmi juga akan melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru Redmi K80 Pro di China pada 27 November 2024. Dengan tarikh pelancarannya yang semakin hampir, Redmi juga sudah berkongsi beberapa spesifikasi utama dalam Weibo.

    Redmi K80 Pro bakal dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Elite untuk prestasi terpantas, serta cip D1 yang boleh meningkatkan kadar bingkai dan resolusi skrin untuk beberapa game dan aplikasi terpilih.

    Selain itu, ia akan mempunyai bateri besar 6,000mAh, pengecasan pantas 120W, pengecasan wayarles 50W, skrin dengan resolusi 2K dan kadar 120Hz, sistem penyejukan 3D dan rating kalis air IP68+IP69. Buat masa ini, rekaan belakang telefon ini masih belum ditunjukkan.

    Kita akan tahu maklumat lanjut mengenainya pada hari pelancaran nanti. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured