More

    Spotify Premium Family Plan kini merangkumi 4 akaun sahaja, turun dari 6 akaun

    Jika keluarga anda melanggan kepada pelan keluarga Spotify Premium Family Plan bagi mendapatkan penjimatan untuk setiap individu, anda perlu tahu bahawa jumlah akaun yang boleh didaftarkan dalam pelan tersebut kini telah diturunkan kepada empat akaun premium sahaja, berbanding enam akaun pada asalnya.

    Spotify telah pun memberi notis berkenaan perubahan ini kepada para pelanggannya melalui e-mel. Harga langganan bulanan masih sama pada RM24.90, namun jumlah akaun premium yang berada bawah naungan sebuah Family Plan kini dihadkan kepada empat akaun sahaja.

    Tangkapan skrin daripada laman web Spotify Malaysia

    Jika anda masih ingin mengekalkan enam akaun premium dalam sebuah Family Plan, anda perlu membeli dua slot tambahan yang menjadikan yuran bulanan meningkat kepada RM40.70, iaitu lebih tinggi sebanyak RM15.80 berbanding Family Plan asal yang merangkumi enam akaun.

    Buat masa ini, perubahan pada Family Plan ini hanya berlaku untuk beberapa negara sahaja seperti Malaysia dan Indonesia, manakala negara-negara luar seperti Singapura, Filipina dan Brunei masih mengekalkan polisi enam akaun untuk satu Family Plan.

    Beritahu kami di Facebook jika perubahan ini melibatkan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured