More

    realme Note 60 akan dilancar di Malaysia pada 29 November 2024

    realme bakal melancarkan telefon pintar mampu milik iaitu realme Note 60. Direka untuk memenuhi jurang dalam segmen ini, Note 60 menjanjikan nilai jangka panjang dengan menawarkan teknologi canggih pada harga yang berpatutan.

    Dengan reka bentuk yang nipis dan ringan, ia memberikan keselesaan premium dan diiktiraf sebagai yang tertipis serta paling ringan dalam kelasnya. Bukan itu sahaja, ia juga telah melalui 20 ujian ketahanan untuk memastikan daya tahan terbaik untuk pengguna.

    Gabungan ketahanan, prestasi dan harga mampu milik menjadikan realme Note 60 sebagai pencetus perubahan dalam kategorinya. Tersedia mulai 29 November 2024, ia memberikan pilihan yang boleh dipercayai dan kukuh kepada pengguna yang mementingkan bajet tanpa mengorbankan kualiti.

    Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi realme. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured