Xiaomi kini dilapor sedang membangunkan cipset buatan sendiri untuk mengurangkan kebergantungan kepada Qualcomm dan MediaTek. Cip ini dijangka mula dihasilkan secara besar-besaran pada 2025 dan telefon pintar pertama yang menggunakannya akan dilancarkan pada tahun yang sama.
Langkah ini diambil selepas kerajaan China menggalakkan syarikat tempatan untuk mengurangkan penggunaan teknologi asing. Namun, belum ada maklumat tentang sejauh mana cip ini mampu bersaing dengan cip Qualcomm dan MediaTek atau kategori telefon pintar yang akan menggunakannya.
Xiaomi juga merancang untuk melabur sebanyak 30 bilion yuan (~RM18.4 bilion) dalam penyelidikan dan pembangunan pada 2025 yang meningkat daripada 24 bilion yuan (~RM14.7 bilion) tahun ini. Pelaburan ini akan digunakan untuk menyokong pembangunan cip baharu tersebut.
Maklumat lanjut mengenai penghasilan cip ini mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Bloomberg






