More

    realme V60 Pro 5G dilancar: Dimensity 6300, bateri 5,600mAh, skrin 120Hz bermula ~RM990

    Selepas melancarkan siri realme V60 dan realme V60s pada bulan Jun lalu, kini syarikat teknologi China itu melancarkan sebuah lagi telefon dengan penjenamaan serupa iaitu realme V60 Pro 5G.

    Telefon kelas pertengahan ini dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.67 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Spesifikasi dalamannya agak menarik, terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 6300 yang menawarkan prestasi bagus untuk telefon kelas pertengahan, RAM 12GB, storan dalaman 256GB/512GB, bateri 5,600mAh dan pengecasan pantas 45W.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dan dua kamera tambahan, manakala di hadapan pula terdapat satu kamera swafoto 8MP. Spesifikasi lain termasuklah sistem operasi Android 14 dengan realme UI 5.0, rating kalis air IP69 dan pembesar suara Hi-Res Audio dengan kelantangan maksimum 200%.

    Ia akan ditawarkan dalam pilihan warna Obsidian Gold, Rock Black atau Lucky Red serta akan dijual di China pada harga bermula CNY1,599 (~RM990). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme China

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured