More

    Nothing bakal lancar 3 telefon pintar baharu pada 2025

    Nothing sedang bersedia untuk memperluaskan barisan telefon pintarnya dengan tiga peranti baharu yang dijangka dilancarkan pada separuh pertama 2025. Nama peranti tersebut masih tidak diketahui tetapi mengikut nama gilirannya, kami beranggapan akan terdapat Nothing Phone (3).

    Telefon tersebut telah muncul di Geekbench dengan cipset Snapdragon 7s Gen 3, RAM 8GB dan Android 15. Dengan skor penanda aras 1,149 untuk teras tunggal dan 2,813 untuk berbilang teras, peranti ini berpotensi menjadi pesaing hebat dalam segmen pertengahan.

    Sebelum ini, Nothing Phone (2a) Plus telah dilancarkan dan habis terjual dalam beberapa minit, membuktikan keupayaan Nothing untuk mencipta produk yang menarik perhatian. Ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7350 Pro, skrin AMOLED 6.7″ 120Hz Full HD+, sistem operasi Android 14 dengan Nothing OS 2.6, bateri 5,000mAh, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan pembesar suara stereo.

    Dengan reka bentuknya yang unik, peranti yang akan datang harus membawa peningkatan yang jauh lebih baik untuk menarik lebih ramai pengguna Nothing. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X (Twitter)

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured