More

    Rangkaian 5G kedua Malaysia tidak akan dibina selagi DNB tidak bayar pinjaman kepada kerajaan

    Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo, mengatakan pelaksanaan rangkaian 5G kedua negara akan dihentikan buat sementara selagi syarikat telekomunikasi yang terdapat dalam Digital Nasional Berhad (DNB) belum melangsaikan pinjaman terhadap kerajaan untuk membina rangkaian 5G pertama. Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak ingin menanggung sebarang kerugian.

    Sebelum ini, DNB telah memperoleh pinjaman bernilai RM16.5 bilion untuk pembinaan rangkaian 5G pertama dalam tempoh 10 tahun. Sebahagian besar pinjaman tersebut diperolehi daripada sektor swasta seperti bank, manakala suntikan dana kerajaan pula terdiri daripada suntikan ekuiti sebanyak RM500 juta pada 2021 dan pinjaman RM450 juta pada Mei 2023.

    Buat masa ini, DNB telah membelanjakan RM5 bilion untuk membina dan menyelenggara rangkaian 5G sedia ada. DNB merupakan sebuah syarikat kenderaan khas (special purpose vehicle, SPV) untuk membina infrastruktur 5G negara, di mana kerajaan memegang ekuiti 34.9%, manakala empat syarikat penyedia telekomunikasi (MNO) iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile dan YTL Communications masing-masing memegang ekuiti 16.3%.

    Sebelum ini, U Mobile telah dilantik oleh kerajaan untuk membina rangkaian 5G kedua negara dan setakat ini masih tidak diketahui jika MNO lain akan turut serta dalam pembinaannya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Parlimen Malaysia

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured