More

    Promosi “cashback” 2% untuk kad debit Boost Bank bermula Disember ini, tapi sampai bila?

    Bermula bulan Disember ini, promosi pulangan tunai (cashback) sebanyak 2% untuk kad debit Boost Bank akan berlangsung, namun ramai yang bertanya sampai bilakah ia akan ditawarkan? Ia tidak disenaraikan dengan jelas dalam laman web Boost Bank, jadi kami perlu rujuk pada laman terma dan syarat-syarat untuk kempen pulangan tunai ini untuk maklumat lanjut. Berikut adalah segalanya yang anda perlu tahu tentang promosi ini:

    Seperti kad debit GXBank, Boost Bank Debit Card adalah sekeping kad fizikal dan maya (virtual) yang memenuhi tugas yang sama. Dengan kad virtual, anda boleh gunakannya untuk membeli-belah secara atas talian dalam platform e-dagang tempatan atau antarabangsa.

    Sementara itu, kad fizikal boleh digunakan untuk pembayaran tanpa tunai, pengeluaran wang tunai dari mesin-mesin ATM PayNet, ATM MEPS atau mana-mana mesin ATM yang mempunyai logo MasterCard atau Cirrus sewaktu anda berada di luar negara.

    Rekaan kad debit Boost Bank
    Konsep pengiraan pulangan tunai untuk promosi ini

    Berkenaan promosi pulangan tunai 2%, kempen ini hanya akan berlangsung sehingga 31 Disember 2024. Tambahan lagi, pulangan tunai anda akan dihadkan sebanyak RM40 sahaja sepanjang kempen ini berlangsung. Jadi, jika anda sudah menerima pulangan tunai berjumlah RM40, anda tidak akan menerima pulangan tunai tambahan meskipun anda terus menggunakan Boost Bank Debit Card secara fizikal atau virtual.

    Untuk konteks, anda perlu berbelanja sebanyak RM2,000 untuk menerima pulangan tunai sebanyak RM40 itu. Ia akan terus dikreditkan ke dalam akaun simpanan Boost Bank, walaupun ruangan soalan lazim (FAQ) menjelaskan bahawa terdapat kes yang memerlukan beberapa hari untuk berbuat demikian. Selain itu, yuran tahunan kad debit ini akan dikecualikan untuk tahun pertama.

    Jika anda berminat untuk memiliki Boost Bank Debit Card, anda boleh berbuat demikian dalam aplikasi Boost Bank dan pergi ke laman khas untuk kad. Ikuti langkah yang tertera kemudian anda boleh gunakan kad pada bila-bila masa. Anda juga boleh sekat kad tersebut jika anda mendapati ia telah disalah guna oleh pihak ketiga untuk melakukan transaksi yang mencurigakan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Boost Bank

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured