More

    WhatsApp tidak lagi sokong iPhone lama dan peranti dengan iOS 11 ke bawah

    WhatsApp mengumumkan bahawa bermula Disember 2024, aplikasi ini tidak lagi menyokong beberapa model iPhone lama yang menjalankan sistem operasi iOS 11 atau lebih rendah. Antara model yang terkesan termasuk iPhone 5 dan iPhone 5C yang tidak dapat dinaik taraf kepada versi iOS 12.

    Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha WhatsApp untuk memastikan keselamatan dan kestabilan perkhidmatan bagi pengguna sistem yang lebih baharu. Bagi pengguna iPhone yang menggunakan model iPhone 5S, iPhone 6 dan iPhone 6S, mereka masih boleh terus menggunakan WhatsApp dengan menaik taraf kepada iOS 12.

    Walau bagaimanapun, pengguna iPhone 5 dan 5C tiada pilihan selain menaik taraf peranti mereka untuk terus menggunakan aplikasi ini. Keputusan ini serupa dengan langkah sebelumnya di mana WhatsApp menghentikan sokongan untuk peranti Android lama serta beberapa telefon pintar KaiOS yang tidak lagi mampu memenuhi keperluan minimum teknikal aplikasi tersebut.

    Pengguna yang terkesan disarankan untuk mempertimbangkan peranti baharu bagi memastikan akses kepada aplikasi pesanan popular ini tidak terjejas di masa hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WinFuture

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured