More

    Haier Malaysia perkenalkan produk baharu untuk 2025, mahu buka 75 kedai jenama

    Haier Malaysia hari ini mengadakan Persidangan Pengedar Asia Tenggara 2024 bagi mengimbau kembali pencapaian jenama perkakasan elektronik itu sepanjang tahun ini, serta mengumumkan strategi, hala tuju dan sasaran untuk 2025.

    Syarikat itu mencatatkan pertumbuhan yang kukuh untuk tahun ini, dengan peningkatan jualan tahun-ke-tahun (YOY) untuk penyaman udara sebanyak 47%, televisyen sebanyak 38%, mesin basuh sebanyak 37% dan peti sejuk sebanyak 35%. Secara keseluruhan, Haier mencatatkan pertumbuhan sebanyak 40% untuk tahun 2024.

    Untuk tahun 2025, Haier Malaysia menumpukan pada tiga strategi teras untuk meningkatkan pertumbuhannya, iaitu mengenal pasti pengukuhan penawaran produk mewah, inisiatif pemasaran yang berbeza serta penggunaan digitalisasi secara mendalam.

    Haier Malaysia sekarang mempunyai 55 kedai jenama di seluruh negara dan mereka merancang untuk meningkatkannya kepada 75 kedai.

    Dalam persidangan ini, Haier memperkenalkan pelbagai produk baharu untuk keluaran pada tahun hadapan seperti peti sejuk, pembeku, mesin basuh, penyaman udara bilik, penghawa dingin komersial, televisyen, peralatan dapur dan pemanas air yang dilengkapi teknologi terkini.

    Harga produk-produk ini akan didedahkan kepada para pelanggan secara berperingkat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk Haier untuk tahun hadapan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured