More

    Indonesia minta Apple tambah pelaburan $1 bilion untuk sambung jualan iPhone 16

    Indonesia bakal menerima pelaburan bernilai $1 bilion daripada Apple Inc, menurut Menteri Pelaburan, Rosan Roeslani. Langkah ini diambil selepas kerajaan melarang penjualan iPhone 16 kerana gagal memenuhi peraturan kandungan tempatan.

    Indonesia menetapkan syarat bahawa sekurang-kurangnya 40% komponen telefon pintar yang dijual di negara itu mesti dihasilkan secara tempatan dan syarat ini mungkin dinaikkan lagi pada masa hadapan. Dalam pertemuan bersama penggubal undang-undang, Rosan berkata pelaburan itu adalah sebahagian daripada fasa pertama.

    Tambahnya, sesiapa yang mendapat manfaat daripada pasaran Indonesia mesti melabur di sini dan mencipta pekerjaan. Ini akan mendorong pembekal lain untuk turut serta. Apple sebelum ini menawarkan pelaburan $100 juta untuk membina kilang aksesori dan komponen tetapi kerajaan menolak cadangan itu kerana dianggap tidak mencukupi.

    Sehingga kini, Apple tidak mempunyai kilang di Indonesia tetapi telah menubuhkan akademi pembangun aplikasi sejak 2018 sebagai strategi memenuhi keperluan kandungan tempatan. Tindakan Indonesia ini adalah untuk menarik pelaburan lebih besar dan memperkuat kedudukan dalam rantaian bekalan global sambil mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

    Dengan populasi 280 juta, Indonesia berharap keputusan ini akan mengukuhkan sektor teknologi tempatan dan membawa manfaat ekonomi jangka panjang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured