More

    HONOR Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM500 sempena jualan akhir tahun

    Sempena musim perayaan Krismas dan sambutan akhir tahun yang semakin hampir, HONOR Malaysia akan menawarkan diskaun khas untuk pelbagai perantinya melalui promosi HONOR Festive Holiday Season yang akan berlangsung pada 6 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025.

    Antara peranti menarik yang dijual pada harga diskaun adalah telefon lipat HONOR Magic V3 yang akan dijual dengan diskaun RM500 daripada harga asal, bermaksud ia akan dijual pada harga RM6,499 sahaja (harga asal RM6,999).

    Sementara itu, telefon flagship HONOR Magic6 Pro akan dijual dengan potongan diskaun sebanyak RM300, bermaksud ia boleh didapati pada harga bermula RM3,699. Jika anda ingin membeli fon telinga wayarles, HONOR Choice Earbuds X7 Lite akan dijual pada harga serendah RM59.90 sahaja.

    Pada masa yang sama, para pembeli yang membelanjakan RM699 ke atas di HONOR Stores terpilih di Johor, Pahang, Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang boleh menyertai Kempen Kotak Hadiah Misteri, di mana mereka berpeluang memenangi telefon lipat HONOR Magic V2.

    Berikut adalah senarai produk yang ditawarkan khas sempena promosi ini:

    HONOR juga menawarkan perkhidmatan membalut hadiah secara percuma, jika anda berminat untuk membeli produk dalam promosi ini. Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured