More

    MSI Claw 8 AI+ dan Claw 7 AI+ dilancar: Intel Core Ultra 7 dan skrin 120Hz bermula ~RM3,551

    MSI telah memperkenalkan konsol permainan mudah alih generasi baharu dengan Claw 8 AI+ dan Claw 7 AI+. Direka khas untuk peminat permainan video, kedua-dua model ini menawarkan pemproses Intel Core Ultra 7 terkini, ciri AI generatif Microsoft Copilot+, hayat bateri yang lebih lama dan pelbagai penambahbaikan reka bentuk.

    Claw 8 AI+ dilengkapi dengan skrin sentuh 8 inci FHD+ (1920×1200 piksel) yang menyokong kadar penyegaran 120Hz, liputan 100% sRGB dan kecerahan sehingga 500 nits. Model Claw 7 AI+ yang lebih kecil mempunyai paparan FHD 7 inci (1920×1080 piksel) dengan spesifikasi warna dan kadar penyegaran yang sama.

    Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 7-258V dengan 8 teras dan kad grafik Intel Arc 140V, kedua-dua model menyokong permainan AAA dengan lancar. RAM LPDDR5X 32GB dan storan SSD PCIe Gen4 sehingga 1TB melengkapkan keupayaan peranti ini. Claw 8 AI+ hadir dengan bateri 80Whr untuk sesi permainan lebih lama manakala Claw 7 AI+ menawarkan bateri 54.5Whr.

    Kesambungan termasuk Thunderbolt 4, Wi-Fi 7 (Claw 8 AI+) atau Wi-Fi 6E (Claw 7 AI+) serta Bluetooth 5.4. Peranti ini juga menampilkan sistem penyejukan Cooler Boost HyperFlow dengan kipas dan paip haba berkembar untuk memastikan prestasi kekal stabil.

    Ia menjalankan Windows 11 Home dengan sokongan untuk permainan PC dan Android serta sistem audio DTS untuk pengalaman yang lebih imersif. Claw 8 AI+ berharga $899 (~RM3996) dan tersedia dalam warna Sandstorm gold-grey, manakala Claw 7 AI+ berharga $799 (~RM3551) dengan warna hitam klasik.

    Kedua-duanya boleh mula ditempah sekarang secara dalam talian dan akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Disember di luar negara. Sama-sama nantikan pengumuman MSI Malaysia mengenai ketersediaanya dalam pasaran tempatan kelak.

    Sumber: MSI

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured