More

    Infinix HOT 50 4G kini rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kamera utama 50MP berharga RM499

    Infinix secara rasmi memperkenalkan Infinix HOT 50 4G di Malaysia, tersedia pada harga hanya RM499 untuk model RAM 6GB dan storan 256GB. Peranti ini boleh didapati sekarang melalui platform Lazada, Shopee, TikTok Shop dan pengedar sah Infinix Malaysia. Infinix HOT 50 hadir dengan reka bentuk badan yang langsing (7.7mm) dan ringan (187g).

    Lima pilihan warna yang ditawarkan termasuk kelabu, hitam, hijau, kuning dan ungu. Telefon ini dilengkapi dengan skrin FHD+ 6.78 inci, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 800 nits. Ia turut hadir dengan pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland bagi memastikan keselesaan mata manakala fungsi Always-On Display dan bar dinamik menambah kemudahan penggunaan.

    Infinix HOT 50 4G dikuasakan oleh pemproses Helio G100 dengan GPU Mali-G57 MC2. Teknologi XBOOST dan enjin Darwin memastikan peralihan lancar antara mod penjimatan kuasa serta prestasi untuk memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh.

    Dilengkapi dengan bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W, HOT 50 mampu bertahan lebih sehari dengan kesihatan bateri melebihi 80% walaupun selepas 4 tahun. Pelbagai fungsi AI juga ditawarkan seperti pemadam objek dan kertas dinding diperibadikan.

    Sempena jualan 12.12, siri Infinix HOT 50 akan mengambil bahagian dalam promosi eksklusif dan pembeli boleh menikmati diskaun sehingga RM100 dengan menebus kupon. Promosi ini akan diadakan di Lazada, Shopee dan TikTok Shop dari 12 pagi pada 9 Disember hingga 11:59 malam pada 14 Disember.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aksesori mewah ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured