More

    Tablet “gaming” OPPO X8 Pad akan tampilkan cipset Dimensity 9400

    Selepas pelancaran siri Find X8 di China bulan lalu, OPPO kini dilaporkan mungkin memperkenalkan tablet dalam siri X buat pertama kali. Menurut pembocor maklumat terkenal, Digital Chat Station, tablet baharu ini bakal dikenali sebagai OPPO X8 Pad dan direka khusus sebagai tablet gaming.

    Ini menandakan langkah luar biasa untuk siri X yang sebelum ini hanya tertumpu kepada telefon pintar andalan. Tambahan, laporan menyebut OPPO mungkin melancarkan beberapa varian tablet dalam siri ini. OPPO X8 Pad dilaporkan akan hadir dengan skrin LCD berukuran 8.8 inci, resolusi tinggi tersuai dan kadar segar semula tinggi.

    Rekaannya akan tampil premium dengan badan logam sepenuhnya dan bucu bulat. Tablet ini dijana oleh cipset MediaTek Dimensity 9400 sama seperti yang digunakan dalam Find X8 dan X8 Pro. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut untuk tarikh dan pelancaran.

    Dengan kehadiran OPPO X8 Pad, jenama ini dijangka terus mencabar persaingan dalam pasaran tablet premium. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat OPPO X8 Pad ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured