More

    Imej janaan Google Pixel 9a tertiris, dedahkan rekaan baharu dan kamera 48MP

    Google Pixel 9a dijangka dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang dengan rekaan peranti ini telah didedahkan melalui imej janaan. Imej sebenar telefon pintar ini juga kini tersebar di media sosial yang mengesahkan reka bentuknya mengikuti trend siri Pixel 2024.

    Bahagian belakang Pixel 9a menampilkan reka bentuk minimalis dengan hanya pulai kamera yang menonjol berbentuk bujur. Telefon ini bakal dikuasakan oleh cip baharu Tensor G4 dan digandingkan dengan RAM 8GB. Baterinya berkapasiti 5,000 mAh, namun hanya menyokong pengecasan berwayar 18W yang agak perlahan.

    Untuk bahagian kamera, Pixel 9a akan dilengkapi sensor utama Sony IMX787 48 MP yang sama digunakan pada Pixel 9 Pro Fold bersama kamera ultralebar 13 MP. Bahagian hadapan pula menampilkan kamera swafoto 13MP yang diletakkan pada lubang kecil di bahagian atas tengah skrin.

    Dengan spesifikasi ini, Pixel 9a berpotensi menjadi pilihan menarik untuk peminat telefon pintar kelas pertengahan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X Fenibok

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured