More

    HONOR Magic7 Pro akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

    HONOR Malaysia mengumumkan bahawa telefon pintar andalan (flagship) HONOR Magic7 Pro akan tiba tidak lama lagi. Syarikat teknologi itu masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai rekaan atau spesifikasinya, namun besar kemungkinan ia akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang menyediakan prestasi terpantas untuk telefon Android setakat ini.

    Telefon ini telah pun dilancar di China pada 30 Oktober lalu. Ia dilengkapi skrin LTPO OLED berukuran 6.8 inci dengan resolusi 1280×2800, kadar segar semula 1~120Hz dan kecerahan puncak 5,000 nits.

    Varian memori yang ditawarkan adalah 12GB+256GB, 16GB+512GB dan 16GB+1TB. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP, kamera telefoto periskop 200MP dengan zum optikal 3x dan zum digital 100x, serta kamera hadapan 50MP.

    Baterinya berkapasiti 5,850mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 100W serta pengecasan wayarles 80W.

    Untuk keselamatan siber, Magic7 Pro dilengkapi teknologi AI Deepfake Detection bagi mengenal pasti kesahihan sesebuah video yang dipapar pada skrin. Jika ia mengesan sebarang anomali pada video tersebut, ia akan mengeluarkan amaran untuk menggesa pengguna supaya tidak terpedaya dengan video tersebut.

    Buat masa ini, tarikh spesifik untuk pelancaran Magic7 Pro di Malaysia masih belum diketahui. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured