fbpx
More

    Pelancaran realme X3 SuperZoom: Kamera zum 60x, Snapdragon 855+, skrin 120Hz berharga ~RM2,390

    realme telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru, realme X3 SuperZoom, untuk pasaran Eropah dengan harga bermula daripada €499 (RM2,390).

    Daya penarik utama telefon ini tentunya adalah pada kebolehan kameranya yang mampu mencapai zum periskop 60x. Dengan zum sejauh itu, realme mengatakan kameranya mampu melihat bangunan sejauh 15km.

    Spesifikasi kamera realme X3 SuperZoom terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera telefoto 8MP, kamera ultra-lebar dan kamera makro. Kamera hadapannya pula tidak kurang hebatnya, dengan tetapan dwi-lensa 32MP dengan sensor Sony IMX616 dan lensa ultra-lebar 8MP.

    Dengan kamera yang sangat berkebolehan, realme X3 SuperZoom juga mempunyai kebolehan penggambaran malap yang sangat canggih, dengan mod seperti Starry Mode untuk penggambaran angkasa, Nightscape Pro Mode dan Nightscape AI Mode.

    Daripada segi prestasi pula, ia dilengkapi cipset Snapdragon 855+, skrin 120Hz dengan nisbah aspek 20:9 dan resolusi Full HD+, storan UFS3.0, sistem penyejukan cecair, bateri 4,200mAh dan pengecasan pantas 30W Dart Charge yang mampu mengecas penuh selama 55 minit sahaja.

    realme X3 SuperZoom akan dijual dalam dua warna iaitu biru Glacier Blue dan putih Arctic White. Ia akan dijual bermula 2 Jun di pasaran Eropah pada harga €499 (RM2,390).

    Untuk pasaran Malaysia, ia akan dilancarkan pada Khamis, 28 Mei jam 11:00 pagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki flagship realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Microsoft umumkan pelaburan ~RM10.5 bilion untuk tingkatkan teknologi AI dan “cloud” dalam Malaysia

    Dalam acara Microsoft Build: AI Day yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini, CEO Microsoft Satya Nadella mengumumkan bahawa syarikat teknologi...

    Siri HUAWEI Pura 70 kini boleh ditempah di Malaysia, harga bermula RM3,699

    Hari ini, HUAWEI Malaysia membuat pengumuman mengejut mengenai harga dan ketersediaan Siri HUAWEI Pura 70. Dalam laman rasmi HUAWEI Malaysia, tempahan Pura...

    Prestasi kamera telefoto, pemandangan malam vivo X100 Ultra meningkat dengan ketara

    Pengurus produk vivo, Han Boxiao menyiarkan hantaran di Weibo hari ini mencadangkan bahawa telefon pintar vivo generasi baharu iaitu vivo X100 Ultra...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X