More

    HONOR X5b Plus tersedia dalam pasaran Malaysia bermula 11 Disember ini

    Selain mengumumkan HONOR X9c Smart 5G, HONOR Malaysia hari ini mendedahkan bahawa telefon pintar peringkat permulaan baharu HONOR X5b Plus akan dilancarkan dalam pasaran tempatan pada 11 Disember ini.

    HONOR juga mendedahkan spesifikasi utama peranti dengan cipset MediaTek G36 yang dipasangkan bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Baterinya berkapasiti 5200mAh dengan ketahanan bateri selama 4 tahun.

    Skrinnya menggunakan paparan FullView 90Hz 6.56 inci dengan takuk titisan air manakala kamera belakang ialah kamera dwi AI 50MP. HONOR Malaysia juga disebut-sebut sebagai telefon pintar peringkat permulaan mampu milik yang boleh memberikan nilai luar biasa walaupun harga yang tepat belum didedahkan.

    Nantikan 11 Disember 2024 untuk mengetahui spesifikasi serta harga HONOR X5b Plus. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured