More

    realme Neo7 dilancar dengan Dimensity 9300+, skrin 6.78″ 120Hz dan bateri 7000mAh bermula ~RM1,480

    realme telah melancarkan telefon pintar pertama dalam siri Neo baharu dengan realme Neo7 yang menawarkan spesifikasi tinggi dengan harga yang berpatutan. Telefon ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 9300+ yang merupakan cipset perdana untuk tahun ini.

    Neo7 turut dilengkapi bateri besar berkapasiti 7,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W dan ketahanan air serta debu dengan penarafan IP69. Neo7 mempunyai skrin 6.78 inci LTPO OLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 1-120Hz.

    Panel yang dihasilkan oleh BOE ini menawarkan kecerahan puncak sehingga 6,000 nits dan dilindungi dengan kaca Crystal Armor Glass. Telefon ini juga mempunyai pengimbas cap jari dalam paparan serta kamera swafoto 16MP di dalam takuk lubang kecil. Bahagian belakang Neo7 menempatkan sistem kamera utama 50MP (IMX882) dengan lensa 26mm dan OIS.

    Kamera ini dipadankan dengan kamera ultralebar 8MP yang mempunyai lensa setara 16mm. Neo7 menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15. Telefon ini juga menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan dilengkapi sistem penyejukan 7,700mm² VC heatsink untuk penyejukan optimum. Menurut realme, Neo7 mampu bertahan sehingga tiga hari berdasarkan ujian dalaman yang dijalankan.

    realme Neo7 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu putih, biru dan hitam. Untuk harga, ia bermula ~RM1,480 untuk varian 12/256GB dan sehingga ~RM2,217 untuk varian 16GB/1TB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Neo7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured