More

    Spesifikasi OPPO Reno4 didedahkan: Snapdragon 765G dan 65W SuperVOOC Flash Charge

    Siri OPPO Reno3 masih lagi hangat di pasaran. Namun, OPPO tidak mengambil masa yang lama untuk melancarkan pelopor seterusnya dalam industri telefon pintar. OPPO kini merancang untuk melancarkan siri OPPO Reno4 dan pendedahan spesifikasinya kini sedang giat dikongsikan.

    Sebelum pelancaran mana-mana telefon pintar, penyenaraian peranti di TENAA bakal mendedahkan beberapa spesifikasi. Kemunculan siri OPPO Reno4 di TENAA mengesahkan paparan berukuran 6.55 inci untuk versi Pro dan 6.43 inci untuk versi standard. Kedua-duanya bakal dioperasikan cipset Snapdragon 765G, bateri berkapasiti 4000mAh dan pengecasan pantas 65W (SuperVOOC Flash Charge 2.0).

    Apa yang berbeza adalah tetapan kamera utama versi Pro dan versi standard. OPPO Reno4 Pro bakal dilengkapi tetapan kamera utama 48MP dengan OIS + 12MP (rakaman video dengan pencahayaan rendah0) + 8MP (lensa telefoto). OPPO Reno4 pula hadir dengan kamera utama 48MP tanpa OIS + 8MP (ultra lebar) + 2MP (kedalaman). Siri OPPO Reno4 memiliki tetapan kamera selfie 32MP yang sama. Anda boleh melihat video acahan siri OPPO Reno4 yang bocor beberapa hari lalu.

    Menurut sumber, penyenaraian OPPO reno4 di TENAA adalah melalui nombor model PDPM00 dan PDPT00, manakala OPPO Reno4 diwakili PDNM00 dan PDNT00. Anda boleh klik pada pautan-pautan di atas untuk melihat imej siri OPPO Reno4.

    Adakah anda memiliki siri OPPO Reno3 terdahulu? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1| 2

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured