More

    Pengguna iPhone kini boleh “Airdrop” fail pada komputer Windows

    Microsoft baru-baru ini memperkenalkan ciri baru kepada Windows Insiders yang membolehkan pengguna memindahkan fail secara langsung antara iPhone dan PC Windows. Ciri ini menggunakan aplikasi Photos pada Windows 11 dengan memanfaatkan integrasi iCloud Photos.

    Kini, pengguna boleh mengakses, melihat dan memindahkan fail-fail seperti gambar dan video dari iPhone mereka ke PC tanpa perlu kabel tambahan atau aplikasi pihak ketiga. Selain itu, Microsoft juga meningkatkan pengalaman pengguna dengan membenarkan kawalan kamera peranti mudah alih untuk dijadikan kamera web pada PC Windows.

    Ciri ini serasi dengan peranti Android menggunakan aplikasi Link to Windows. Fungsinya termasuk menukar antara kamera depan dan belakang, menjeda aliran video dan menambah kesan khas bergantung pada model peranti yang digunakan​.

    Pengguna yang berminat mencuba ciri ini boleh menyertai program Windows Insider dan memastikan peranti anda memenuhi keperluan teknikal. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Microsoft

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured