More

    Ahmad Muhaimin “Minbappe” bolot kejuaraan dunia dalam FIFAe World Cup!

    Pemain e-sukan Malaysia, Ahmad Muhaimin atau lebih dikenali sebagai “Minbappe”, mencipta sejarah hari ini dengan menjuarai FIFAe World Cup dalam kategori eFootball Mobile di Riyadh, Arab Saudi. Minbappe mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan pemain Maghribi, AN10_Tiennes dengan kemenangan bergaya dalam perlawanan akhir.

    Beliau memenangi perlawanan pertama dengan skor 3-0 dan diikuti kemenangan 2-0 pada perlawanan kedua sekali gus mengesahkan gelaran juara dunia. Kejayaan ini melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM88,000).

    Sepanjang kejohanan, Minbappe menunjukkan prestasi luar biasa, dengan mencatat lima kemenangan dan dua keputusan seri di peringkat kumpulan. Kemenangan tersebut diperoleh ke atas pesaing dari Turkiye, Poland, Argentina, Maghribi dan Portugal.

    Lebih membanggakan, Minbappe menjadi satu-satunya pemain eFootball Mobile yang mara ke peringkat suku akhir tanpa mengalami sebarang kekalahan. Beliau terus mempamerkan keunggulan dengan menewaskan Jepun di peringkat suku akhir diikuti kemenangan ke atas India di separuh akhir sebelum melengkapkan kejayaan pada perlawanan akhir.

    Kejayaan ini menjadikan Ahmad Muhaimin ikon baharu dalam dunia e-sukan dan membuktikan kebolehan Malaysia bersaing di peringkat global. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured